Isnin, 5 Mac 2018

MOHD FAUZI ABDULLAH

OLEH-AHMAD BIN YAAKOB

Mohd Fauzi bin Abdullah adalah Pensyarah Istitut Bahasa, Kuala Lumpur. Beliau dilahirkan pada 20 November 1963. Beliau berasal dari Felda Jengka 3 dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Felda Jengka 3, Maran Pahang dari tahun 1970 hingga 1975. Antara tahun 1976-1980 beliau melanjutkan pelajaran peringkat sekolah menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2. Pada tahun 1981-1982 beliau menlanjutkan pelajaran ke Tingkatan 6 di Sekolah Menengah Sultan Aabu Bakar, Kuantan

      Mohd Fauzi kemuadiannya melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Kinta Ipoh pada bulan Januari hingga Mei 1983. Beliau menamatkan pelajaran di Maktab Perguruan pada bulan Mei 1983 kerana mendapat tawaran untuk  belajar di Universiti Malaya mulai bulan Julai hingga 1983. Pada tahun 1986 belaiu menamatkan pengajian di Universiti Malaya dengan BA Hons. Pada tadun 1986-1987 beliau membuat Diploma Pendidikan di Universiti Malaya.[1] 

      Pada 20 April 1997  beliau mula mendaftar sebagai guru baru di SMK Jengka 2. Sepanjang bertugas di SMK Jengka 2 beliau ditugaskan menjadi Guru Buku Teks, Guru Penasihat Rumah Sukan, Guru Penasihat Pengakap, Guru Disiplin, Guru Penyelia HEM, Penyelaras Ko-Kurikulum, AJK PIBG, Guru Matapelajaran Kesusasteraan Melayu SPM dan STPM, Ketua Panatia Kesussasteraan Melayu dan Guru Sumber Negeri Kesusasteraan Melayu dan Pendidikan Moral.

      Pada bulan Julai hingga Oktober 1992 beliau mengikuti Kursus 14 Minggu Kesusasteraan Melayu di Institut Bahasa, Kuala Lumpur. Pada 13 Mac 1995 beliau bertukar sebagai Pensyarah ke Institut Bahasa, Kuala Lumpur. Kini beliau merupakan Ketua Jabatan Peradaban dan Kebudayaan Melayu IPG Kampus Bahasa Melayu, Kuala Lumpur. Encik Mohd Fauzi bin Abdullah menetap di No 3, Jalan Seri Putra 6/6, Bandar Seri Putra, Bangi, 43000 Kajang, Selangor. [2]


[1]Temu bual pada 7 Ogos 2017
[2] Ibid.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan