Menurut Hj Ibrahim bin Muhamad,
menjelang tahun 1974, pembukaan sekolah ini telah diketahui umum.
Pelajar-pelajar dari sekolah rendah kebangsaan Jengka 1, 2, 3, 4, 5,6 dan Ulu
Jempol telah datang mendaftar diri ke Sekolah Menengah Jengka 2. Selain dari
itu terdapat juga pelajar dari Jengka 8, Jengka 9, Jengka 10, Jengka 11 dan 12
bertumpu ke SMK Jengka 2.[1]
Penulis bergambar bersama Hj Ibrahim Muhamad
Pada tahun 1974, bilangan pelajar telah
bertambah dengan kemasukan pelajar-pelajar baru dari segenap pelusuk Jengka.Oleh
itu jumlah pelajar bertambah dari 87 orang kepada 225 orang dan tenaga pengajar
bertambah menjadi 9 orang.[2]
Antara guru-guru tersebut ialah En. Ibrahim bin Hj. Mohamad, Guru Besar, Cikgu
Jamaliah Ahmad dan pasangan suami isteri dari Kuala Lipis Cikgu Yusof Ismail
dan Cikgu Aminah Hj Koya.[3] Guru
Besar, Ibrahim Hj Mohamad mengajar mata pelajaran Lukisan, Cikgu Yusof Ismail
mengajal mata pelajaran Bahasa Melayu, Cikgu Aminah mengajar mata pelajaran Matematik
dan Sains, manakala Cikgu Jamaliah Ahmad mengajar subjek Bahasa Inggeris. Menurut
Cikgu Azam lagi semasa Tingkatan 2 baru ada seorang Ustaz iaitu Ustaz Hamzah Awang
dan Cikgu Mukhlas Hj. Ahmad yang mengajar mata pelajaran Seni Perusahaan.[4]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan