Menjelang tahun 1975 jumlah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2
meningkat kepada 455 orang dan tenaga pengajarnya kepada 19 orang.[1]
Menurut Encik Muhammad Zain Mat pasukan bolasepak SMK Jengka 2 mula ditubuhkan pada
tahun 1975 kerana ramai pemain berbakat dari Jengka 1, Jengka 2, Jengka 3, Ulu
Jempol, Jengka 9, Jengka 10, Jengka 11, Jengka 12 dan Felda Sungai Tekam
bersekolah di SMK Jengka 2. Kebanyakan pelajar-pelajar luar tersebut tinggal di
Asrama Sekolah Menengah Jengka 2.[2]
Menurut Hj Isnin Abu, terdapat juga pelajar-pelajar luar tinggal di rumah
waris masing-masing di Felda Jengka 2.[3]
Menurut Encik Muhamad Zain, antara pemain bola sepak ketika itu ialah Adun
Chini, Dato’ Abu Bakar Harun, Muhammad Ali dan lain-lain.[4] Hj
Yusri Marjan pula menyatakan padang bola ketika iaitu ialah tapak Surau SMK
Jengka 2 sekarang. Pada waktu petang pelajar Asrama Lelaki akan turun bermain
bola sepak di padang tersebut.[5]
[1] Majalah
Jaya ,14
[2] Temu
ramah Muhammad Zain Mat pada 5 Mac 2014.
[3] Temu
ramah dengan Hj Isnin abu pada 26 April 2018
[4] Ibid.
[5] Temu
ramah Hj Yusri Marjan 15 Mac 2017
Tiada ulasan:
Catat Ulasan