![Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang](https://scontent.fkul16-1.fna.fbcdn.net/v/t1.0-9/82326607_479821772910171_5954267630943600640_n.jpg?_nc_cat=101&_nc_ohc=r-j80UgCongAX8fo8jz&_nc_pt=1&_nc_ht=scontent.fkul16-1.fna&oh=06c3624406c503ec71076958d2f556dd&oe=5EA20D07)
Tahun 1997 merupakan tahun kedua
saya mengajar di SMK Jengka 2. Saya kerap ke kantin, kadang-kadang sampai 3
hingga 4 kali sehari. Hobi melawak kat kantin sambil minum sementara masuk
kelas untuk mengajar. Jadi setiap hari saya berbual dengan Pengetua Hj Wahid
Saman orang Johor. Pada pagi itu Pengetua bertanyakan tentang Wisma Peneroka. Saya
minta maaf kerana tak tahu di mana letak Wisma Peneroka dan minta kebenaran
keluar kantin untuk bertanya kepada Cikgu Zolkifli Badion.Sebagai guru baru
bertukar, banyak tempat di Bandar Jengka yang saya tidak tahu.[1]
Tiada ulasan:
Catat Ulasan