FOTO SUMBANGAN -SI TUAN SAMIAN BIN HJ SAMINGON
Label
- TAHUN 1973
- TAHUN 1974
- TAHUN 1975
- TAHUN 1976
- TAHUN 1977
- TAHUN 1978
- TAHUN 1979
- TAHUN 1980
- TAHUN 1982
- TAHUN 1985
- TAHUN 1987
- TAHUN 1988
- TAHUN 1989
- TAHUN 1992
- TAHUN 1996
- TAHUN 1997
- TAHUN 1999
- TAHUN 2000
- TAHUN 2003
- TAHUN 2006
- TAHUN 2007
- TAHUN 2009
- TAHUN 2010
- TAHUN 2012
- TAHUN 2013
- TAHUN 2014
- TAHUN 2015
- TAHUN 2017
- TAHUN 2018
- TAHUN 2019
Jumaat, 18 Mei 2018
Khamis, 17 Mei 2018
PERKEMBANGAN SMK JENGKA 2 TAHUN 1974
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Menurut Hj Ibrahim bin Muhamad,
menjelang tahun 1974, pembukaan sekolah ini telah diketahui umum.
Pelajar-pelajar dari sekolah rendah kebangsaan Jengka 1, 2, 3, 4, 5,6 dan Ulu
Jempol telah datang mendaftar diri ke Sekolah Menengah Jengka 2. Selain dari
itu terdapat juga pelajar dari Jengka 8, Jengka 9, Jengka 10, Jengka 11 dan 12
bertumpu ke SMK Jengka 2.[1]
Penulis bergambar bersama Hj Ibrahim Muhamad
Pada tahun 1974, bilangan pelajar telah
bertambah dengan kemasukan pelajar-pelajar baru dari segenap pelusuk Jengka.Oleh
itu jumlah pelajar bertambah dari 87 orang kepada 225 orang dan tenaga pengajar
bertambah menjadi 9 orang.[2]
Antara guru-guru tersebut ialah En. Ibrahim bin Hj. Mohamad, Guru Besar, Cikgu
Jamaliah Ahmad dan pasangan suami isteri dari Kuala Lipis Cikgu Yusof Ismail
dan Cikgu Aminah Hj Koya.[3] Guru
Besar, Ibrahim Hj Mohamad mengajar mata pelajaran Lukisan, Cikgu Yusof Ismail
mengajal mata pelajaran Bahasa Melayu, Cikgu Aminah mengajar mata pelajaran Matematik
dan Sains, manakala Cikgu Jamaliah Ahmad mengajar subjek Bahasa Inggeris. Menurut
Cikgu Azam lagi semasa Tingkatan 2 baru ada seorang Ustaz iaitu Ustaz Hamzah Awang
dan Cikgu Mukhlas Hj. Ahmad yang mengajar mata pelajaran Seni Perusahaan.[4]
Rabu, 16 Mei 2018
KEMUDAHAN ASAS SMK JENGKA 2 TAHUN 1973
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
1.BANGUNAN DAN BILIK DARJAH
Pada bulan Julai 1973, bangunan
SMK Jengka 2 telah siap dan murid-murid dipindahkan ke sekolah SMK Jengka
2. Bangunan baru ini mempunyai 13 buah
bilik darjah, dua buah bilik Makmal Sains,dua buah Bilik Sains Rumah Tangga,
dua buah Bilik Seni Perusahaan, sebuah Bilik Perpustakaan dan sebuah Kantin.[1]
Selasa, 15 Mei 2018
PELAJAR SMK JENGKA 2 1973
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1. Cik Tom Shafie.[1]
2. Muhammad Zain bin Mat
3. Dato’ Abu Bakar Harun
4. Nor Aminah Jaafar
5. Razak Noh
6. Dato’ Anas
7. Saadiah binti Ishak
8. Latifah Che Min
9. Bakri Saad
10. Azmi Wahab
11. Azmi Ismail
12. Kamariah Haji Muhammad
13. Zaharah Ismail
14. Rosnani Hamid
15. Jaridah Mustafa
16. Zainab Husin
17. Abdul Murad
18. Halimatun Ssaadiah Sanusi
19. Zaitun Simat
20. Samsuri
21. Idris Samsuri
22. Rosli Mansur
23. Mansor Saad
24. M. Azam Ariffin.[2]
25. Ibrahim Huri.[3]
26. Jaafar Omar[4]
27. Khazami
28. Mat Isa Mahmud.
29. Mohd Yusuf bin Kasdan.
30. Abu Bakar Aabdullah.
31. Jaafar Ssairi.
32. Yusuf.[5]
Isnin, 14 Mei 2018
PELAJAR PERINTIS SMK JENGKA 2 1973
Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
1. Cik Tom
2. Muhammad Zain bin Mat
3. Dato’ Abu Bakar Harun
4. Nor Aminah Jaafar
5. Razak Noh
6. Dato’ Anas
7. Saadiah binti Ishak
8. Latifah Che Min
9. Bakri Saad
10. Azmi Wahab
11. Azmi Ismail
12. Kamariah Haji Muhammad
13. Zaharah Ismail
14. Rosnani Hamid
15. Jaridah Mustafa
16. Zainab Husin
17. Abdul Murad
18. Halimatun Ssaadiah Sanusi 19. Zaitun Simat
20. Samsuri
21. Idris Samsuri
22. Rosli Mansur
23. Mansor Saad
24. M. Azam ariffin.[1]
Ahad, 13 Mei 2018
SEJARAH PERKEMBANGAN SMK LKTP JENGKA 2 TAHUN 1973-1979
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pelajar SMK Jengka 2 menumpang di SK Jengka 2 2 Januari-Mac 1993
Sekolah Menengah Kebangsaan LKTP Jengka 2 telah dibuka pada 21 Januari 1973.[1] Sekolah ini merupakan menengah pertama di Wilayah Jengka. Pada masa itu bilangan murid-murid hanyalah 87 orang.[2] Menurut Haji Ibrahim bin Muhamad, SMK Jengka 2 bermula dengan empat orang guru, guru-guru tersebut ialah, beliau sendiri sebagai Guru Besar, En Mohd Yusuf Ismail, Cikgu Aisyah Hj Poya dan Cikgu Jamaliah binti Ahmad.[3]
Menurut Tuan Haji Ibrahim Muhamad setelah diarahkan oleh Pegawai JPNP, En. Yasad bin Awang untuk bertugas sebagai Guru Besar di SMK Jengka 2, beliau telah pergi ke SMK Jengka 2 untuk meninjau keadaan di sana. bertugas melaporkan diri pada 1 Januari 1973, beliau terkejut apabila mendapati Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2 belum siap dibina.[4] Beliau diarahkan oleh pegawai JPNP untuk membuka kelas sementara di Sekolah Kebangsaan Jengka 2. Encik Ahmad bin Osman telah menyediakan dua kelas untuk Guru Besar Sekolah Kebangsaan Jengka 2 ketika itu menempatkan 87 orang pelajar SMK Jengka 2.[5]
Pada 2 Januari1973, bermulalah pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan 1. Menurut Tuan Haji Ibrahim Mohamad, pelajar pertama yang di SMK Jengka 2 ialah Cik Ton dari Felda Ulu Jempol.[6] Antara pelajar-pelajar yang mendaftar ialah Muhammad Zain bin Mat dari Felda Jengka 2, Dato’ Abu Bakar Harun dari Felda Jengka 3,Nor Aminah Jaafar, Razak Noh, Dato’ Anas, Saadiah binti Ishak, Latifah Che Min, Bakri Saad, Azmi Wahab, Azmi Iismail, Kamariah Haji Muhammad, Zaharah Ismail, Rosnani Hamid, Jaridah Mustafa, Zainab Husin, Abdul Murad, Halimatun Ssaadiah Sanusi, Zaitun Ssimat, Samsuri, idris Samsuri, Rosli Mansur dan Mmansor Saad.[7]
Sabtu, 5 Mei 2018
PERKEMBANGAN SUKAN BOLA SEPAK SMK JENGKA 2 1975
OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Temu ramah Hj Yusri Marjan pada 15 Mac 2017
Menjelang tahun 1975 jumlah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2
meningkat kepada 455 orang dan tenaga pengajarnya kepada 19 orang.[1]
Menurut Encik Muhammad Zain Mat pasukan bolasepak SMK Jengka 2 mula ditubuhkan pada
tahun 1975 kerana ramai pemain berbakat dari Jengka 1, Jengka 2, Jengka 3, Ulu
Jempol, Jengka 9, Jengka 10, Jengka 11, Jengka 12 dan Felda Sungai Tekam
bersekolah di SMK Jengka 2. Kebanyakan pelajar-pelajar luar tersebut tinggal di
Asrama Sekolah Menengah Jengka 2.[2]
Menurut Hj Isnin Abu, terdapat juga pelajar-pelajar luar tinggal di rumah
waris masing-masing di Felda Jengka 2.[3]
Menurut Encik Muhamad Zain, antara pemain bola sepak ketika itu ialah Adun
Chini, Dato’ Abu Bakar Harun, Muhammad Ali dan lain-lain.[4] Hj
Yusri Marjan pula menyatakan padang bola ketika iaitu ialah tapak Surau SMK
Jengka 2 sekarang. Pada waktu petang pelajar Asrama Lelaki akan turun bermain
bola sepak di padang tersebut.[5]
[1] Majalah
Jaya ,14
[2] Temu
ramah Muhammad Zain Mat pada 5 Mac 2014.
[3] Temu
ramah dengan Hj Isnin abu pada 26 April 2018
[4] Ibid.
[5] Temu
ramah Hj Yusri Marjan 15 Mac 2017
Langgan:
Catatan (Atom)





