Ahad, 1 Mac 2020

WABAK DENGGI DI SMK JENGKA 2 TAHUN 1975


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB


Menurut Guru Besar Hj. Ibrahim Muhammad, peristiwa yang paling meyedihkan beliau ialah penyakit denggi yang melanda pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Jengka 2. Penyakit yang baru menular di negara kita itu menyebabkan dua orang pelajar meninggal dunia.[1] Menurut Cikgu Jaffar bin Nasir yang merupakan Guru Asrama SMK Jengka 2 ketika itu beberapa orang pelajar sekolah telah dijangkiti demam denggi berdarah dan ada yang meninggal dunia.[2] Allahyarham Cikgu Nasharuddin Rashid pula menyatakan pelajar yang meninggal tersebut ialah aruah abangnya dari Felda Jengka 7.[3]Allahyarham abangnya tidak dapat diselamatkan kerana lambat dihantar ke Hospital Mentakab. Pada 23 Jun 1975, pelajar Asrama Putera Ridzuan bin Zakaria, meninggal dunia di Rumah Sakit Mentakab. Pada 2 Julai 1975, Mohd. Salleh bin Abas pula meninggal dunia di Rumah Sakit Mentakab.[4]


[1]Temu ramah Hj Ibrahim Muhammad pada 7 Ogos 2015.
[2] Temu ramah En Mohd Jaffar bin Nasir melalui was apt  pada 17 Mei 2018.
[3]Temu ramah En Nasharuddin bin Rashid pada 1 April 2003..
[4]  Majalah Jaya. 1978,9.

Selasa, 25 Februari 2020

PASUKAN BOLA SEPAK SMK JENGKA 2 TAHUN 1974.


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Pada tahun 1974, sukan bola sepak telah ditubuhkan di SMK LKTP Jengka 2. Sekolah Menengah Jengka 2 masih menumpang padang Sekolah Kebangsaan LKTP Jengka 2 yang terletak di sebelah Makmal Sains, Pusat Sains SMK Jengka 2 sekarang. Jumlah pelajar ketika itu meningkat kepada 225 orang.Oleh itu jurulatih bola sepak dapat memilih pemain dari kalangan pelajar Tingkatan 1 dan Tingkatan 2.Menurut Muhammad Zan bin Mat, antara pemain bolasepak yang mewakili SMK Jengka 2 ialah Khazami bin  Mokhtar, Dato’ Abu Bakar Harun dan Kamal bin Din.[1] Pasukan Bola sepak SMK Jengka 2 telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Pasukan Bola Sepak SMK Maran.[2]



[1] Temu ramah Cikgu Muhammad Zain bin Mat pada 7 April 2014.
[2] Majalah Jaya,8.

Rabu, 19 Februari 2020

HARI INI DALAM SEJARAH SMK JENGKA 2


PERISTIWA 1973
1 JANUARI 1993-Tuan Guru Besar Encik Ibrahim Haji Muhammad melapor  diri sebagai Guru Besar pertama.[1]

__________________________
[1]Majalah Jaya 1978,7.

Khamis, 23 Januari 2020

GURU BARU 1998-CIKGU ROSMAWI HASSAN


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Imej mungkin mengandungi: Mawi Hasan dan Mohd Khazami Mokhtar, orang berdiri dan luaran
Cikgu Rosmawi mula melapor diri di SMK Jengka 2 pada bulan Ogos 1998. Pada minggu pertama belum ada jadual mengajar, jadi setiap hari menbawa Soalan JUJ Sejarah saya untuk diberikan kepada pelajar Kelas Suhaizal, 5D. Setelah pelajar membuat latihan saya memeriksa kertas tersebut.[1] Ketika itulah persahabatan saya dengan Cikgu Rosmawi bermula.

      Ketika itu saya kerap menghantar cikgu Rosmawi ke Jengka 6 apabila balik sekolah. Kebetulan saya tinggal di rumah Felda Jengka 4. Jalan balik sehala, jadi bukan menjadi masalah untuk menolong sahabat ketika tu. Tahun 2018 apabila saya jatuh sakit di sekolah selepas mengajar, Cikgu Rosmawi dan Cikgu Khairi menghantar bali ke rumah. Tterima kasih kerana masih sudi menolong saya.[2] Terima kasih kerana membantu saya menulis Sejarah Felda Jengka 6 dan Sejarah SMK Jengka 2 1973-1998. (25 Tahun SMK Jengka 2).


[1]Catatan Dairi 1998.
[2] Catatan Dairi 2018.

Khamis, 16 Januari 2020

PERSATUAN SEJARAH 1998.

Imej mungkin mengandungi: 7 orang, termasuk Wan Mohd Muhaidi, Maisarah Abu Bakar, Wua Anuar dan Rokidah Abdul Jalil
Tahun 1998 saya mohon GPK HEM mengasingakan Persatuan Sejarah dengan Persatuan Geografi . Jagi mulai tahun 1998 saya mula bangunkan Persatuan Sejarah do SMK Jengka 2. Ramai Pelajar Tingkatan 6 Atas Hamka menjadi AJK Persatuan Sejarah.
PENGERUSI : Wan Muhaidi
NAIB PENEGERUSI : HAIROL AZURA.
SETIAUSAHA : NORAZENI
BENDAHARI : KAMSIAH .[1]
_________________________________
[1]MAJALAH JAYA 1998,49.

1997-PENGETUA BARU DAN WISMA PENEROKA.


Imej mungkin mengandungi: satu atau lebih orang
Tahun 1997 merupakan tahun kedua saya mengajar di SMK Jengka 2. Saya kerap ke kantin, kadang-kadang sampai 3 hingga 4 kali sehari. Hobi melawak kat kantin sambil minum sementara masuk kelas untuk mengajar. Jadi setiap hari saya berbual dengan Pengetua Hj Wahid Saman orang Johor. Pada pagi itu Pengetua bertanyakan tentang Wisma Peneroka. Saya minta maaf kerana tak tahu di mana letak Wisma Peneroka dan minta kebenaran keluar kantin untuk bertanya kepada Cikgu Zolkifli Badion.Sebagai guru baru bertukar, banyak tempat di Bandar Jengka yang saya tidak tahu.[1]


[1]Catatan dairi 1997.

Isnin, 6 Januari 2020

1997-GURU BARU SMKJ2 TAHUN 1997.


OLEH-AHMAD BIN YAAKOB
Antara guru baru yang mengajar di SMK Jengka 2 tahun 1997 ialah;
1.PN NAZILAH @ ROHAYATI BT NAWI-PERDAGANGAN/PA
2.EN ZAWAWI BIN ISMAIL
3.CIK RAFIDAH BT ALI
4.USTAZ WAN ZAKARIA BIN WAN NGAH
5.ROHANA BT MAT RIFIN
6.RAJA FATIMAH BT RAJA SULAIMAN
7.USTAZ KHATAMARAZI BIN MOHD GHAUS.[1]


[1] Majalah Jaya 2001,15.